WANG

WANG

Apa itu wang?

Mengenal Wang

Kemahiran mengenal wang amat penting kerana ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan.

Oleh itu, kemahiran mengenal wang adalah antara kemahiran yang wajib dikuasai dari tahap 1 lagi. Terdapat dua jenis wang iaitu wang kertas dan syiling. 


Wang kertas yang biasa digunakan dalam kehidupan harian kita ialah not RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Manakala syiling pula terdiri daripada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Grafik di bawah boleh digunakan sebagai rujukan untuk meneguhkan penguasaan kemahiran ini.


wang kertas





wang syiling


BANDING BEZA  WANG KERTAS DAN WANG SYILING



PECAHAN WANG




NILAI WANG
Wang ni sebenarnya hampir sama dengan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Perbezaannya hanyalah bagi wang kita perlu letakkan unit iaitu, Ringgit Malaysia (RM). Kalau tak letak unit ni memang salah la. Tak ada kompromi ok. Sebab kalau tak letak RM tu, nombor tu akan jadi nombor bulat atau nombor perpuluhan. 

So kalau kita tengok kat gambar di bawah ni, kita nak buat persamaan antara nilai-nilai wang yang ada di Malaysia ni.

Nilai wang yang ada: 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1, RM 5, RM10, RM 50 dan RM 100.

Bila nak buat persamaan bagi dua nilai wang; 

contohnya 
RM 50 dan RM 5, cara mudahnya gunakan operasi bahagi. RM 50 ÷ RM 5 = 10.. Nilai 10 tu menunjukkan bagi nilai RM 50, terdapat 10 keping RM 5. 





 PERMAINAN  “Simpan Wang”
Objektif : Diakhir permainan murid dapat
  1. Memahami hubungan sen dan ringgit.
  2. Menukar sen kepada ringgit
Bahan : 2 kad mainan, dadu, contoh wang siling 10sen, RM1, RM5, dan RM10

Pengetahuan sedia ada murid: Murid mengenal rupa bentuk dan nilai wang.

            Walaupun kanak-kanak telah mengenal konsep wang sejak umur 4 tahun, bagi murid tahun 3, mereka merasa sukar menguasai kemahiran dalam topik wang.   Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Daripada petikan ini, saya mencipta permainan yang diberi nama “simpan wang” sebagai cara untuk murid dapat mewujudkan hubungan dalam minda antara idea dan fakta mengenai wang. Objektif pembelajaran matematik yang ingin dicapai dalam permainan ini ialah murid dapat memahami hubungan sen dan ringgit. Dengan memahami hubungan ini, murid akan dapat menukar sen kepada ringgit dan ringgit kepada sen.




 Antara bahan mainan yang diperlukan untuk bermain permainan ini ialah sejumlah wang 10sen, RM1, RM5, RM10 dan dadu. Bilangan pemain yang diperlukan dalam permainan ini ialah dua orang atau lebih. Saya cadangkan ia dimain oleh dua hingga empat orang pemain.

3.2.1    Cara bermain permainan “Simpan Wang”.
  1. Setiap pemain diberi kad mainan.
  2. Setelah giliran ditentukan, murid pertama memusingkan dadu.

Murid pertama memasukan sejumlah wang 10sen didalam kolum RM0.10. sebagai contoh Jika dadu menunjukan 6, maka murid memasukan 6keping wang syiling 10sen didalam kolum yang disediakan seperti gambar rajah dibawah



.    Giliran diberi pula pada peserta ke-2 dan peserta ke-2 melakukan aktiviti seperti peserta pertama.

5.    Apabila kolum sen telah penuh kesemua wang syiling itu dibuang dari kad mainan dan diganti dengan sekeping wang RM1 di kolum RM1.00.


6. Kesemua aktiviti diatas diulang sehinggalah mencapai nilai RM100 dan ia dikira sebagai pemenang.


3.2.2    Objektif Permainan “Simpan Wang”
Objektif permainan ini adalah supaya murid dapat memahami bahawa;
  1. 10 keping wang syiling 10sen adalah bersamaan dengan RM1.00,
  2. 5 keping wang RM1 adalah bersamaan RM5.00
  3. 2 keping RM5 adalah bersamaan RM10.00
  4. 10 keping RM 10 adalah bersamaan dengan RM100.00

3.2.3    Kesan  Permainan ‘Simpan Wang’ Terhadap Pembelajaran Pelajar.
“Menurut Piaget, bermain bukan saja mencerminkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak, tetapi juga memberikan sumbangan terhadap perkembangan kognitif itu sendiri”
(Mayke S. Tedjasaputra 2001).

Daripada petikan ini, daripada petikan ini saya yakin, melalui permainan “Simpan Wang”, walaupun di kad mainan hanya mengetahui dan mempelajari bahawa 5 keping wang RM1 adalah bersamaan RM5 tetapi akan ada murid yang akan nampak hubungan bahawa 10 keping RM1 adalah bersamaan dengan sekeping RM10.

 5 keping RM1 = RM5,
2 keping RM5= RM10,
2 keping RM5 = 10 keping RM1 bermakna 10 keping RM1 = RM10.

Begitu juga dengan hubungan 100 keping RM1 bersamaan RM100 dan sebagainya. Walaupun ada sebilangan murid yang mungkin tidak nampak hubungan tersebut. Saya yakin, murid akan mudah memahami apabila guru mengajar hubungan itu pada masa yang akan datang.

            Melalui permainan ini juga, murid didedahkan secara tidak langsung dengan kemahiran membanding beza, menambah dan menganggar. Contohnya, apabila murid memperolehi 6 keping wang syiling 10sen, dia akan tahu bahawa dia perlukan lagi 4 keping wang syiling. Ini bermakna dalam proses pemikirannya telah melakukan operasi penolakan. Begitu juga dengan kemahiran tambah, murid akan mempelajari dan konsep penambahan akan berlaku dalam pemikirannya setiap kali dia mendapat mata. Dengan melihat semua kedudukan rakan sepermainan, murid secara tidak langsung akan membuat pelbagai andaian serta anggaran, dan itu adalah salah satu kemahiran berfikir secara kritis (KBKK) yang mereka pelajari.

            Selain itu seperti permainan ‘catur operasi’, permainan ‘Simpan Wang’ juga dapat  memperkembangkan kordinasi motor halus mereka seperti pergerakan jari dan mata. Dalam aspek perkembangan sosial sosial pula murid akan dapat belajar hidup bersosialisasi berkomunikasi, toleransi, berkerjasama dan hormat menghormati.

Pada wang kertas dan wang syiling sesebuah negara terdapat ciri-ciri yang boleh menjadi pengenalan bagi mata wang sesebuah negara itu.

Contohnya, pada wang kertas RM1 terdapat ciri-ciri yang mewakili negara Malaysia.
Mata wang negara Malaysia ialah Ringgit Malaysia dan menggunakan simbol RM. 







BAHAN RANGSANGAN 


































No comments:

Post a Comment