NOMBOR

Konsep Nombor

Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.

Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;

- Nilai tempat 
   kedudukan digit mewakili nilai tertentu.

- Asas sepuluh 
 bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke        sembilan.

- Penggunaan sifar 
 Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.

- Mempunyai nilai tambah

- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.









Nombor Bulat

Daripada Sistem Nombor Asas 10 maka lahirlah pelbagai istilah dan antaranya ialah nombor bulat.

Apa itu nombor bulat?

Nombor bulat adalah terdiri daripada nombor-nombor seperti “0, 1, 2, 3, 4,5, 6 ,7 ,8 ,9, …”.

Asas bagi nombor bulat adalah nombor asli. Nombor-nombor asli adalah seperti berikut: “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,… “.

Nombor bulat menjadi lebih mudah difahami sekiranya digambarkan dalam bentuk garisan nombor.



 Perbezaan di antara nilai tempat dan nilai digit
Murid sering keliru apabila diminta untuk memberikan jawapan dalam nilai tempat (place value) atau nilai digit. Nilai tempat merujuk kepada jawapan dalam bentuk perkataan manakala nilai digit merujuk kepada jawapan dalam bentuk nombor.
Contoh perbezaan antara nilai tempat dan nilai digit 



 APA ITU NOMBOR BULAT?
Nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan…. 



 TETAPI Nombor bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untukmembilang seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5,….. dan seterusnya sehingga infiniti (tidak terhingga).

Setiap digit dalam sesuatu angka mempunyai nilai tempat dan nilai 

digitnya tersendiri. Misalnya nombor 123456789
123456789 dinyatakan dalam perkataan ialah Seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan








Nombor Perdana

 

Nombor perdana (prime number) adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 (the number itself and number 1). Oleh itu, nombor perdana mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1).

Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.

Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.

Nombor 1 adalah BUKAN nombor perdana (NOT a prime number).
Menentukan samada nombor yang diberi adalah nombor perdana
Contoh:

Tentukan samada setiap nombor berikut adalah nombor perdana.
·                     13
Jwb:
13 ÷ 1 = 13
13 ÷ 13 = 1
13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13 → (2 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.

·                     51
Jwb:
51 ÷ 1 = 51
51 ÷ 3 = 17
51 ÷ 17 = 3
51 ÷ 51 = 51
51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51 → (4 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 51 bukan nombor perdana.




 OPERASI NOMBOR


Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. 

Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
- Membilang
berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
- Pengalaman konkrit  
operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :

(a) Operasi Tambah

Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.


 Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul.  Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8



(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:


- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
- Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.




Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8


BAHAN RANGSANGAN









No comments:

Post a Comment