Bahan Bantu Belajar (BBB) yang
digunakan:
Nama BBB: Konsep Telur
Bahan-bahan yang digunakan:
1. Bekas telur yang berlubang dibelah kepada dua bahagian
yang sama rata (bergantung kepada jumlah murid, jumlah murid yang ramai
memudahkan guru untuk menyediakan bekas telur yang lebih banyak)
2. Bola kertas yang diperbuat daripada kertas berwarna yang
telah digunakan.
CARA PENGGUNAAN:
KONSEP TELUR DALAM PECAHAN TAK WAJAR
1. Sediakan satu bekas telur ayam dan 8 biji bola kertas
kepada setiap murid. Sekiranya tidak mencukupi murid boleh berkongsi
menggunakan BBB namun dalam jumlah ahli kumpulan yang tidak terlalu ramai.
2. Jelaskan kepada murid jumlah lubang akan dijadikan
sebagai denominator ataupun penyebut. Manakala jumlah bola kertas yang
digunakan sebagai numerator ataupun pengangka.
3. Murid dijelaskan bahawa setiap bola kertas adalah membawa
pecahan yang sama sekiranya dimasukkan ke dalam lubang telur.
GAMBAR
SEPANJANG P&P MENGGUNAKAN KONSEP TELUR:
No comments:
Post a Comment