PECAHAN




PECAHAN

DEFINISI DAN KONSEP PECAHAN

Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebagai penyebut.

Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah.

Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu :






JENIS - JENIS PECAHAN




Pecahan wajar

Merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya.
contohnya 1 / 2 , 2 / 4 , 4 / 8, 7 / 9........

Pecahan Tak wajar

Merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka.
contohnya : 9 / 4 , 4 / 4 , 3 / 2 , 10 / 6 ........ 

Pecahan setara

Pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama
contohnya 2 / 4 dan 4 / 8 ialah setara dengan 1 / 2










KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


1 ) Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara berkaitan pecahan telah diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh, dalam memasak air. kita perlu menggunakan air sebanyak separuh daripada bekas air. Hal ini menunjukkan bahawa kita telah menggunakan air sebanyak 1 / 2 daripada bekas ir tersebut, dan operasi pecahan telah digunakan .


2 ) Selain itu, bagi sebiji kek yang belum dipotong, kita juga menggunakan operasi pecahan sewaktu ingin membahagikan kek tersebut kepada tetamu. Sebagai contoh, kek dipotong kepada 10 potongan dan seorang tetamu memakan 1 / 10 daripada kek tersebut.












Hasil pembelajaran                                                 

·                     Murid-murid dapat mengenal pasti pecahan
·                     Murid-murid berupaya untuk menyebut, membaca dan menulis nombor  
·                     pecahan
·                     Murid-murid mengenal pasti pecahan sebagai pembahagian yang sama rata

           daripada keseluruhan satu set.

Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.

satu per dua @ one-half

satu per empat @ one-quarter
tiga per lapan @ three-eighths








Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka) 

(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:


1 ---> pengangka
2 ---> penyebut


BAHAN RANGSANGAN PECAHAN












No comments:

Post a Comment